Rancangan Pengajaran Harian
Mata pelajaran : Bahasa Melayu
Tahun : 6 Delima
Bilangan murid : 37 orang
Tarikh : 8 November 2011
Masa : 8.40 - 9.40 pagi
Tajuk : Cerita Asal Usul Nama Sabak Bernam
Fokus utama : 11.3 Aras 2 (i)
F. sampingan : 5.2 Aras 2 (i)
Hasil pemb. : Pada akhir sesi pembelajaran, murid diharapkan dapat;
(a) mengemukakan pendapat berkaitan nilai dan pengajaran yang terdapat di dalam teks cerita yang dibaca.
Nilai : Bekerjasama, keyakinan diri, berusaha
Pengetahuan sedia ada : Murid telah mempelajari beberapa cerita sebelum ini dan mengetahui bagaimana mencari nilai dan pengajaran berpandukan teks cerita.
Bahan bantu mengajar : Kuali, sudip, apron, kad perkataan, teks cerita (buku teksTahun 6),Kamus Dewan dan lembaran kerja.
Refleksi Pengajaran
Kekuatan
Pada pendapat saya, kekuatan yang dapat dikesan semasa aktiviti pengajaran salah satunya ialah kelantangan suara saya.Suara saya yang lantang memudahkan murid mendengar apa yang disampaikan dan membantu murid memahami apa yang dimaksudkan oleh saya.Arahan yang diberikan dapat difahami oleh murid dengan mudah.Selain itu, pergerakan tubuh badan juga dapat menarik perhatian murid.Contohnya semasa menyanyi saya bergerak dan semasa murid memberikan jawapan saya meniru gaya murid berkenaan.
Saya suka membuat lelucon agar murid tidak berasa bosan.Selain itu, kemesraan saya kepada murid memang selalu diamalkan agar murid berasa dihargai dan disayangi.Tindak balas daripada murid menunjukkan mereka berminat dengan pengajaran tersebut dan objektif dapat dicapai.
Kelemahan
Kelemahan yang agak ketara ialah penggunaan bahan bantu mengajar yang kurang menarik seperti kuali bersaiz kecil untuk dikaitkan dengan tajuk cerita (kawah).Kemungkinan ada murid yang tidak berminat melihat alatan yang biasa dilihat di rumah mereka seperti kuali dan sudip.Selain itu, kelemahan lain ialah pengawalan kelas terutama murid-murid yang duduk di bahagian belakang kelas tidak diawasi sepenuhnya.Kebanyakan aktiviti hanya dilakukan di hadapan kelas sahaja dan saya jarang bergerak ke belakang untuk memantau keadaan murid.Faktor penggunaan dan ketepatan masa juga perlu diberi perhatian.Saya menggunakan masa lebih daripada 5 minit semasa set induksi, menggunakan banyak masa semasa aktiviti perbincangan dan pembentangan wakil kumpulan sehinggakan semasa membuat rumusan pada bahagian penutup saya hanya ada lebih kurang 2 minit sahaja.Tambahan pula, sudah ada seorang guru menunggu di luar kelas tersebut untuk mengajar mata pelajaran berikutnya.
Cara Mengatasi Kelemahan
Beberapa perubahan yang perlu saya lakukan termasuklah;
(a) bercakap dengan intonasi suara yang sesuai dengan aktiviti yang dijalankan.
(b) lebih peka dengan suasana pembelajaran termasuklah memantau keadaan murid di bahagian belakang kelas.
(c) menggunakan bahan bantu mengajar yang lebih sesuai seperti muzik mengiringi nyanyian dan LCD.
(d) mengikut peruntukan masa yang ditetapkan dan menepati perancangan asal.
Kesimpulannya; guru hendaklah bijak mengawal emosi, bersikap tenang menjernihkan persepsi, guru hendaklah bijak mengambil peluang, jika terlepas tertutup ruang, guru hendaklah bijak menyelesaikan masalah, arus cabaran dapat ditongkah, guru hendaklah bijak menghargai pengalaman, terang perjalanan hidup berpedoman.
No comments:
Post a Comment